Perkhidmatan tren antarabandar adalah perkhidmatan yang diperkenalkan oleh KTMB background intercity 2sejak lebih sedekad dahulu.  Sebagai memperkenalkan perkhidmatan tambahan kepada rakyat dengan memberikan pilihan dari segi kebelbagaian koc dan destinasi perjalanan merangkumi Semenajung Malaysia. Perubahan demi perubahan telah dilaksanakan untuk memberikan perkhidmatan yang selesa dan selamat didalam perjalanan hingga ke destinasi pilihan anda dalam masa yang sesingkat mungkin.

Pada masa ini, peningkatan perkhidmatan sedang giat dijalankan dengan membina landasan berkembar yang akan memberikan perjalanan yang lebih pantas dari mana-mana pengendali perkhidmatan awam di Malaysia.

Perjalanan dengan tren antarabandar membolehkan anda untuk menikmati kehijauan dan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Dengan perkhidmatan yang selamat disamping dapat bbackground ets 2erehat.

Pada tahun 2012, perkhidmatan antarabandar dan perkhidmatan ETS telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikendalikan sepenuhnya SBU KTM Intercity. Hasil penggabungan ini membawa kepada penganalan beberapa produk baharu kepada pelanggan dengan wujudnya perkhidmatan ETS setiap 2 jam dan penyeragaman konsesi sedia ada. Unit Pemasaran juga membuat program jelajah bermula dari Tanjung Malim sehingga ke Arau, Sentral KL ke Johor Bahru dan Sentral KL ke Tumpat dalam promosi memperkenalkan KTMB i-Card kepada pelanggan bagi mendapatkan diskaun perjalanan dengan perkhidmatan antarabandar.

Disamping itu, pihak kami juga telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami.